Wednesday, April 21, 2021

Bagaimana Menyambut Ramadan Kali Ini?

 


Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk meneruskan momentum Ramadan.
 
1. Menjaga Pemakanan & Kesihatan
 
Bulan Ramadan sangat sinonim dengan makanan. Namun begitu ia bukanlah tiket untuk kita makan sesuka hati kerana berpuasa. Kita perlu memastikan kesihatan diri sentiasa baik supaya kita dapat terus beribadat di bulan Ramadan.
 
Ketika berbuka dan bersahur, kita disarankan untuk:
a. mengambil makanan bernutrisi lengkap
b. melebihkan sayuran dan buah-buahan
c. meminum air secukupnya
d. mengamalkan ‘suku suku separuh’
 
2. ‘Santai’ Dalam Beribadat
 
Oleh kerana kita sudah berada di pertengahan, pasti kita sudah ada resepi berjaya di fasa awal. Contohnya berapa ringgit untuk sedekah setiap hari, berapa muka surat untuk tilawah setiap waktu solat dan sebagainya. Maka di fasa ini kita hanya perlu meneruskan rutin ini. Selain itu, elok juga sekiranya kita cuba merancang untuk menggandakan amal tersebut sebagai persiapan merebut malam ‘lailatul qadar’.
 
3. Mengeratkan Silaturahim
 
Ini adalah masa yang sesuai untuk kita bertanyakan khabar dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran terdekat. Jika berkemampuan, bolehlah kita menghantar makanan berbuka untuk mereka. Amalan ini sangat dituntut ketika Ramadan. Bertukar juadah berbuka bersama jiran sudah menjadi tradisi di bulan Ramadan. Semua itu tidak lagi mustahil dengan adanya khidmat penghantaran makanan ke rumah samaada jauh mahupun dekat.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah