Thursday, April 22, 2021

JANGAN BERSANGKA BURUK!

Ada seorang petani, sakit kencing manis, suatu hari kakinya luka dan semakin teruk hingga bernanah.

Si petani mulanya takut berjumpa doktor, tetapi akur apabila kakinya semakin membusuk.


Sudah lah berjumpa doktor dalam keadaan terpaksa, habis pemeriksaan, kata doktor, " Pakcik, kita terpaksa potong kaki ni"


Jerit si petani " Mana boleh, kalau tak ada kaki macam mana saya nak bekerja, apa saya nak bagi anak bini makan??"


Tetapi, pada fikiran doktor, itu langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa si petani, jika dibiarkan, jangkitan akan melarat ke seluruh badan dan organ-organ penting. Si petani akan mati.


Bagi si petani, pada fikirannya, si doktor hanya hendak menyusahkan dia. Dia bersangka buruk padahal dia tidak mengetahui.


Walaupon cerita ni simple, ianya selalu terjadi, apa yang penting di sini adalah, walaupon sesama makhluk, level @ tahap pemikiran kita tidak sama.


Bayangkan, level atau tahap pemikiran kita sebagai makhluk jika hendak dibandingkan dengan Allah yang MAHA Kuasa dan Mengetahui.


Mana mungkin level atau tahap pemikiran kita menyamai Allah, sedangkan level atau tahap pemikiran kita sesama makhluk pon sudah tidak sama.


Jadi, jangan berburuk sangka kita dengan Allah yang Maha Mengetahui.


Pada kita, apa yang kita lalui dalam hidup ni mungkin nampak buruk dan menyusahkan.


Tetapi, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Kerana tiada yang mengasihi kita melebihi kasihNYA Allah kepada kita.


🤲🏼❤️

credit: https://arriyadglobal.com/

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah