Friday, June 7, 2013

Bukit Gambang Water Park

Stay Cool, Get Wet katanyerrr... Jumaat lepas sebelum check-out, pegi breakfast di Arabian Coffee House. Habis breakfast naik bilik kejap berkemas apa yang patut untuk check-out dari Arabian Resort City. 

Tapi sebelum ke Water Park, harus lah bergambar dulu di sekeliling Resort uolls ;) Bila dah ke sesuatu tempat tu, ko mesti lah nak abadikan jejak ko dengan gambar2 kenangan kat sana.. dok gittue Cik Bedah??? ;P

Ini puding roti yang manyak sidap yummylicious.. boleh fitam siapa yang makan *pssttt aku lah tu* mana ada fitam, tipu je hehehe 

Siyes cakap peanut & stoberi tart tu tak sodap.. lemau.. bila dah amek tu sila lah makan yer.. jangan nak bazir sangat.. kan rejeki Allah tu. 

Kalau tengok gambar ni ko tak payah nak mendongak sangat. Biar aku je yang mendongak time snap gambar.. Ini ceiling kat Arabian Coffee House. Gambar makanan lain aku tak amek, lebih baik fokus makan dari amek gambar.. laporrrrrr ;D


Time ni baru lepas breakfast kat Coffee House.. Arabian Coffee House ni terletak betul2 sebelah kandang unta ni. (tengok belakang unta tu). Siang malam unta tu kejung kat tempat yang sama.. hahahahaha


Ni kat depan pintu masuk.. Slamber je pijak rumput dia.. siap panjat2 tembok bagai nak sampai kat sign tu. Lantak kau lah janji akak dapat amek gambar kat sign tu.. muahahaha  :D





Last kopek bergambar kat Arabian Bay sebelum check-out.. Ada rejeki lain kali boleh mai lagi ;)

Ok jom ke Water Park pulak.. 

On the way nak ke Water Park tu,  berenti tepi jalan kejap amek gambar kat sign ni. Ini sebelah Arabian Bay Resort je pun.. alang2 ko dah sampai sini, diharuskan semua sudut ko kena bergambar.. Bukti yang ko dah jejak kan kaki ko kat sesuatu tempat tu.. kannnn??!!

Eh korang nak tahu tak?? ada lah sorang perempuan tu.. tak tahu lah niat nak menunjuk ke atau ada niat lain.. dia check in kat fb dia kononnya dia berada kat Bandung, aleh2 bila tengok map check-in kat fb tu, terang2 map tu kat Ampang.. kau rasa???? Jangan nak tipu sangat lah oiii.. kan dah kantoi!! miahahaha. Ko nak check-in kat bulan sekali pun boleh nyah, tapi Map kat fb tu tak boleh tipu okeh!! itu satellite mana bleh ubah2.. kan dah malu seumur hidup!! wakakakka

Sebelum aku merepek lebih lanjut lebih baik aku sambung balik cerita aku..

Aku just nak share je kot2 ada yang belum pernah pegi lagi ke sini. So boleh lah korang tengok berapa harga masuk ke Water Park ni. Pada yang dah pernah pergi tu harus lah korang tahu kannn ;)

Haritu Nizam beli package hotel sekali dengan Water Park, harga Family Suite check kat link tu.. 

Kat sana kalau nak makan, sewa boya/pelampung tak guna cash. ko kena buat Cashless E-value tu & boleh top-up kalau tak cukup.


Tak sabar2 lettew ;P Mummy saja je lambat2 amek gambar sebelum sampai kat area Water Park.. hahahhaha

Eh EmakNenek!! Nampak tak view belakang nenek tu?? tantik macam kat tepi pantai ;)


Cakkkkkk hehehe.. kan dah nampak cerah tu.. Nenek duduk kat Cabana Coco Beach je, ajak mandi tak mo.. ke nenek tak bawak swimming suit?? hihihi.. 


Eh sewa cabana ni murah tau, tigaplohlima hengget je deposit seploh hengget.. 

Masa kat Wet World Resort Air Panas Pedas haritu sewa cabana dia lapanploh hengget. choyyy mahal!!! padahal besar cabana dia lebih kurang sama je.


Cabana yang kamiorang sewa tu betul2 depan Coco Beach, dan berdepan juga dengan volleyball court.



Time ni aku dok berangan2 kat cabana sambil2 camwhore hahaha . Tu yang terbalik tulisan 'Telah Disewa Hired'  ngeeeee :p Nizam & KhaNish dah selamat berkubang dalam air.. aku relax jap.. kejap lagi mak ko ni sampai yerr... tunggguuuuuu ;D

Jom aku bawak korang tengok gambar dikeliling Water Park tu.. tapi idok ler semua gambar. Kalau semua gambar aku tepek kat sini, sure bernanah bijik mata korang nak tengok banyak2 gambar kannnn??? So balance gambar2 tu aku humban semua masuk fb ajos.. *pisyor*

Nampak??? diorang dah berbasah-basahan...derrrrr


Tiga beranak berkaki hayam.. muahahaha

Survey keliling tempat & amek gambar dulu sebelum mak ko join berkubang sama lepas tu.

Sebelum beraksi.. 

Siyes naik bendalah ni best.. pusing2 macam gasing.. max naik pelampung tu at least 4-6 orang


Time ni aku tak naik lagi.. Nizam & KhaNish je naik.. lepas tu repeat kitorang naik berempat.. manyak syiokkk 


Lepas dah sampai bawah, pelampung ni naik lift ke atas balik untuk repeat bagi orang lain yang tengah menunggu kat atas yang tunggu giliran.


Bawah tu Coco Beach Wave Pool.. Ombak kemain kuat, benci ai. Masa aku naik pelampung main ombak tu, siap berlanggar2 dengan orang lain.. nasib baik tak patah tengkok akak.. tak suka tak suka tak suka!!

Kenapa bapak korang jadi gitu KhaNish??? muahahahaha

Ni kat depan Aqua Play untuk kanak2. Ko jangan nak memandai2 plak main slide kat situ silap2 kena halau nanti dengan life guard..

Kiddie Slide ni best.. comel gilos.. aku rasa macam nak join je naik slide tu.. hehe
Memandangkan aku ni dah tua bangka, tak payah lah ada hati nak join okeh ;P

Cececehhh ushar je.. dalam hati nak main slide lettew.. hahaha

Journey of Ice atau Glacier River sini pun bestttt.. kalau nak masuk kat longkang ni ko kena ada pelampung baru syiokk. Sebab setiap berapa minit entah dia akan pasang ombak.. so nanti ko menyusur je lah dok dalam boya tu ikut arus ;)

Mostly ini je lah gambar yang aku dapat bagi korang tatap sebab lepas tu aku pun join berkubang sama.. so tak ada sapa nak tolong snap kan gambar untuk kamiorang.. Nenek?? tunggu je kamiorang berkubang dari pukul 10.30am - 4.30pm lepas tu terus balik Kolumpor petang tu jugak.
Read More

Thursday, June 6, 2013

Bukit Gambang Safari Park + Night Jungle

Ehhhh Chop!!! acaner plak lah aku bleh tercicir cerita malam tu lepas gi makan..  
Tak apa lah, aku sambung kat sini lah yer.. 

Malam tu lepas gi makan kat area Resort, kitorang gi jalan2 kat Safari Park + Night Jungle.
Oppsss jalan2 kat luar je lah.. tak masuk pun.. Coz mahal & tak berbaloi je bagi aku..
Masuk dalam tu gelap2 semata2 nak tengok binatang.. no no no.. tak mo!!
So bergambar kat depan enterance je lah. Coz esok nya pun pagi2 dah nak ke Water Park.

Harga masuk ke Safari Park + Night Jungle tu kalau ko ada MyKad, Adult RM38 Kids RM18
Kalau ko bangsa asing, harga lagi sengat. 
Baik lah ko masuk Water Park disiang hari & murah sket dari Safari Park + Night Jungle tu.. 
Tajuk atas tu macam ko masuk je kannn.. hahahaha
Tak lah, memang tak masuk pun.. bergambar kat depan ajos ;)


Bergambar depan pintu sajok.. sambil2 riki line hihihi
Ni pun dua beradik tu dah memekak2 ngajak masuk, maka tiada layanan istimewa dari bapak diorang.. hahaha 
Bukan tak kesian kat diorang, tapi kalau masuk tak berbaloi, buat haper ko tabur duit masuk sana kann???!!

Dah depan pintu masuk.
Dengan harapan kedua2 budak ni nak masuk sampai kedalam.. muahahahaha

Tak apa lah nak oii, 
bergambar kat dinding yang ada binatang pun boleh lah, dari tak ado langsung.. hahaha
Nampak tak kedua2 budak ni posing ala2 macam kat Trick Art Museum.. Ini semua pengaruh huahuahuaaaaaa :D

Lepas dah bergambar kat sana, balik tu Aku & KHaNish balik naik tram..
Hotel pun tak jauh dari Safari Park ni, naik tram singgit je dia charge.
Nenek & Nizam balik naik kereta ikut belakang tram.. 
Kemain suka lah KhaNish naik tram, dah serupa naik bas mini.. kahkahkah.. 

 Ini lah wajah tram tu.. bayar singgit terus dia hantar ko kat depan Arabian Bay.. 

Masa tunggu Nizam pegi parking kereta, aku melayan KhaNish bergambar kat sekitar lobby hotel.. 
Sekali ternampak plak dua ekor unta sesat tu.. hahaha 
Abessss dah nama pun 'Arabian Bay Resort' harus lah ada ciri2 Arabic sket kann.. 
Dalam IG kawan aku kata, ko gi Abu Dhabi ke?? I kata 'Oh tak perlu jauh2 sana, kat Bukit Gambang pun dah ada unta' kikiki ;P


All the way nak ke lift.. 

Sekarang, perangai diorang pantang nampak kosi urut serupa ini..
Asal nampak je terus kata 'Mummy nak singgit nak massage2' 
kalau dua orang duahengget.. memandangkan kat rumah ko tak ada kosi ni, mak ko kasi lah sorang singgit.. hahaha

Ok jom lepas ni aku cerita sikit pengalaman aku kat Water Park pulak yer.
Itu next entry. Entry kemain ada tiga empat, padahal pergi nya 2D1N jer.. hahaha
Bukan apa uolls, ada sorang member aku tu, kalau aku letak satu entry je lepas tu nak lagi lagi lagi.. 

Lebih baik aku buat banyak2 entry supaya dia muntah hijau baca entry aku yang banyak ni yang padahal nya aku pergi ke satu tempat je pun.. hahahhaha 
To Hanna Rayner nah hamek.. baca puas2.. kikiki ;P
Read More

Tuesday, June 4, 2013

Arabian Bay Resort, Bukit Gambang City

Sampai je dah dekat pukul 2, helok sangat lah check-in dulu..
perut pun dah kenyang.

Nizam booked Family Deluxe, Arabian Bay Resort
Molek sangat lah tu, memandangkan Mak aku pun ikut sekali, so ada dua bilik & boleh lah mak & KhaNish tido dibilik sebelah ;D
Agak privacy sikit lah makpak ko yer KhaNish.. hehehe 

Lepas check-in, hangkut barang naik keatas, kitorang lepak meluruskan pinggang kejap dalam bilik.
agak2 dah pukul 3.30pm, KhaNish sibuk ajak turun berkubang.. 

Hadoiiii ini yang mak ko lemah ni!! 
aku ni bangsa pemalas nak turun meneman diorang kalau berkubang.. 
sebabnya, diorang tu kalau berkubang tak reti nak sekejap2.
Bohsan dowh =(
Kalau dapat pool depan pintu macam kat Dawn Chalet haritu kan best, tak payah lah mak ko jadi penunggu korang dikala korang berendam.. huhu

Asek dah melalak ngajak mak ko turun, end up aku turutkan lah jugakkkk.. Gggrrr
Nizam dah surrender awal2, nak tido katanyer.. penat driving dari KL ke Gambang.
Leh bukan jauh pun KL - Gambang.. 
psssttt.. nak tahu kenapa penat sangat???????? *cakap bisik2*
sebab malam2 asek layan Candy Crush sampai tengah malam.. huwaaaaaaaaa 
Ini semua salah Candy Crush..puuuiiiiiiiii :'(

Pukul 4pm turun bawak KhaNish pegi pool, selagi tak turun, selagi tu diorang memekak kat aku.. huhu

Jom layan KEEK diorang ;)


Tengok eh, lepas habis je diorang bercakap, terus lari lintang pukang masuk dalam air.. hahahhaha
Suruh cakap kat KEEK pun muka macam terpaksa.. derrrrrrrr :p


Nampak tak keterujaan diorang bila dah dalam air???  hahaha
itu belum lagi ke Water Park.. nanti tengok kat next entry eh ;)

Terjunan dari Khairine.. 


Terjunan hebat dari Danish.. hahaha sampai terlipat kaki ko dik.. 

Nenek lepak tepi je tengok cucus dia berkubang kat pool.. hehe ;P

Aku pun lepak tepi.. 
Konon bajet ala2 macam ongputih ar sambil berjemur.. kononnyaaaa huhihuhi :D

Nak tengok lagi KEEK tak? 


Sibuk suruh aku KEEK dia sambil berenang.. 



Khairine pun nak jugaakkkkk 

Agak2 dah 2 jam berendam, aku pun dah tak koser nak layan diorang menunggu, moh lah kita naik atas.. mak ko dah kepanasan, kemengantukan, kepenatan menunggu..

Malam pulak di makan kat luar.
Yang tak bestnya di kawasan terdekat tak ada tempat yang menarik & happening untuk nak cari makan.
Semua jauh2.. kalau nak helok sikit pun kena lah ke Teluk Chempedak sana.. jahuh plak tu 45minit dari BGRC ni, jalan pun gelap sitap.. tak koser nak pegi jauh2

Cari punya cari, ada lah kedai tomyam tepi jalan.. nak tak nak, santap je lah kat situ.. no choice.. 

Esoknya ke Water Park pulak.. tunggu next entry.. *masa buat entry ni pun aku rasa dah nak terpejam bijik mata ni* nantokkkkkkkkkk 


Nite2 ;)
Read More

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur

Yeayyyy cuti sekolah dah bermula.. 
Khamis & Jumaat lepas aku & Nizam apply cuti, 
bawak anak2 ke Bukit Gambang Resort.

Hotel & water park Nizam dah siap booking awal2.
Aku & anak2..cuma get ready je.. senang banyak hidup aku kannnn semua laki yang buat.. 
huhihuhi trima kaceh Bie.. *peluk kuat2* ;P

Tapi sebelum kamiorang sampai ke Arabian Bay Resort untuk check-in,
kamiorang singgah makan dulu kat Tanjung Lumpur.

Mak pun ikut sekali, bawa mak jalan2 sekali dengan anak menantu & cucus dia ;)
time tu sampai Kuantan pukul 11.30am, terus menuju ke Warong PakSu & Maksu, Tanjung Lumpur


Nampak kedai ni buruk & sempoi, tapi foodies dia sedap.
Kedai ni letaknya betul2 sebelah Balai Polis Peramu.


Keadaan dalam kedai ni.. kemain ramai orang datang. Mostly orang luar yang banyak singgah kot.. sebab sini makanan dia sangat variety.

Dalam pada variety pun, ko kena datang awal Kiah, ko lambat je semua akan pinish oredi. hahaha


Ini lah benda pertama yang aku nampak bila masuk dalam kedai ni.. Omnomnomnom.. dapppppp ;D

Actually ni kali kedua aku makan kat sini, last datang on 2011 masa tu Girls Vacation katanyer..  Girls lah sangatttt.. dah mak budak pun Kiah oiii ;P
OK lupakan saja.. kalau korang nak baca, sila lah klik kat link tu yer.. kalau tak nak, tak payah.. :O

Jom tengok apa makanan yang ada & yang kitorang makan haritu.. 


Side ni semua seafood celup tepung.. manyak sidapppp ;p

Udang celup tepung ni sedap! udang baru plak tu, terasa kemanisan udang tu.. 
hahahha ada macam pengacara JJCM tak?? derrrrr ;P


Ikan celup tepung, pun sedap ikan baru naik dari laut kot.. nyummmmyssss ;D



Kuih-muih aku tak amek kecuali ketupat palas goreng dia yang sedap gilossss.. walllahhh 


Otak2 ni sedap tahap gigil ok.. 
Isi ikan + kelapa.. menyesal tak makan banyak2, bila tengok gambar ni rasa nak gi repeat jew =(

Pulut panggang pun sodap, inti ikan belaker.. 


Ini lah sata yang tengah dipanggang tadi.. lepas dah di panggang dia terus lambak kan dalam talam ni untuk ko kutip berapa bijik ko nak santap.. memang sodappppppppp 

Dalam bungkusan ni Laksam, aku pernah try dulu laksam dia..
honestly tak sedap, kuah cair.. so tak berani nak try lagi takut tak habis, membazir ajos..
Tak tahu lah kalau kali ni dah sedap pulak.. 


Nasi minyak & kari ayam menjadi pilihan hati ku untuk hati tu.. boleh tahan gak sodappp.

 Ketupat Palas, Udang celup tepung, Sata, kopok lekor, otak2 dalam 1 pinggan.. 
pinggan yang lain malas nak snap.. lebih baik aku concentrate kat makanan dari dok amek gambar makanan.. muahahhhahaha 

Lepas dah mendapat sedap makan2, patah balik ke arah Gambang nak check-in hotel.
Jalan nak ke Tanjung Lumpur ke Bukit Gambang ambik masa dalam 45minit.

On the way tu singgah tepi sungai Kuantan jap amek gambar KhaNish dengan tulisan KUANTAN kat tepi sungai tu.


Sekarang dah tak boleh pegi ke benteng sungai tu coz sorang buat renovation.
So amek gambar kat tepi pagar sebelah Shell pun jadikk.. hahhahaha
janji korang ada gambar kat situ ;P
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah