Saturday, May 31, 2014

Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Giler babi lah manusia sekarang.. bunuh orang macam bunuh binatang je.. tergamak jadi pembunuh.. tak takut dosa ke?? bagi yang bukan islam haruslah tak tau apa itu dosa pahala.. tapi sekurang2nya kau takut lah sikit dengan undang2 dunia.. 

Tak tau lah apa penyakit diorang ni.. apa perasaan diorang agaknya bila membunuh yer?? baru2 ni kes budak 2 tahun mati kena bunuh.. aku baca pun ngeri seumur hidup.. terus perasaan teringat kat anak2.. Nauzubilah.. mintak dijauhkan dari anak2 aku. 

Scary aku nak letak gambar penjenayah ni.. terpaksa jugak lah letak sebab gambar dia pun dah tersebar luas kat media.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.
Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebihkurang 5 minit, semasa keluar dari tandas ibu mangsa dapati anaknya telah tiada dan kemudiannya tlah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.
Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.
Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.
Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.
Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.
Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.
Motif mengenai kejadian masih disiasat. Gambar suspek yang sedang dikesan disertakan. Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek.

Source : https://www.facebook.com/theairtimes

16 comments:

  1. menakutkan..manusia dah macam binatang punya perangai kan..kesian budak kecil yang tak bersalah tu..apelah motif sebenar dia..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, orang tuh memang psiko kak.. sbb kalau waras tidak tergamak dia buat mcm tuh. Kesian budak tuh :(

    ReplyDelete
  3. Budak kecik yang tak tahu apa2 tu pun tergamak nak dibunuh. Memang takda hati perut punya manusia la kan.

    ReplyDelete
  4. gila cadbury punya orang...berwaspadalah dan sentiasa memerhati anak anak kita

    ReplyDelete
  5. Zaza..td baca berita bru tahu tau mak dia gelandangan..so mak dia xkisah act ank dia dok pas2 kt org lain..huhu

    ReplyDelete
  6. Nyawa balas nyawa..akhirnya Allah bayar cash kpd si pembunuh yg tak de hati perut tu. Kesian budak kecil tu..umur 2 tahun lebih apa yg dia tau.. :(

    ReplyDelete
  7. i'm back..sakit hati kan...anak yang tak berdosa tu jugak yang jadi mangsa...

    ReplyDelete
  8. Zaza...julia pun dah baca full story pasal kes ni....nak komen lebih2 nanti takut terjadi diri sendiri...apa2 pun julia doakan semoga kes ini tidak berlaku lagi....sedih sgt zaza...bila tgk rakaman live CCTV lg la rasa x tahan...apatah lg ibunya...harap ada pembelaan sewajarnya....anak syurga...bahagialah di kau di sana...kami disini masih lg bersabar dgn kerenah dugaan dunia

    ReplyDelete
  9. Ya! allah...memang kejam betul lah. Luluh hati aku baca. Seksa budak ni.

    ReplyDelete
  10. Alahai kesiannya budak tu...tak nangis pulak tu .....
    Buat apalah di bunuh...tinggal ajelah kat mana mana kalau tak mo jaga pun...

    ReplyDelete
  11. saiko punya orang nie zaza.. tengok Allah dah bayar cash dah.. jumpa mayat dia mati lemas..

    ReplyDelete
  12. terkejut masa dapat tahu berita ni haritu. tapi tak sanggup nak bca. ni baru baca dari entry akak.. kenapalah orang tu tergamak buat macam tu. dah macam-macam yang berlaku sekarang ni. lepas satu, satu kejadian.. semoga kita semua dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  13. x sampai hati nak baca details...sedih...apa la salah budah tu....mmg giler

    ReplyDelete
  14. yng peliknya dah bunuh, dia pun bunuh diri..mental pun iye juga rasanya ni kan kak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah